Assalammu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Tanggal 1 September 2013 telah berlangsungnya majlis Program Raya Perdana 1434H yang telah diadakan di Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor.
Ramai ahli khariah surau hadir dan menambah kemeriahan program yang telah dijalankan. Pihak JK surau sangat bersyukur dengan kehadiran penduduk bagi menjayakan program ini.
Majlis bermula setelah selesainya solat Maghrib. Setelah selesai solat Maghrib, para jemaah dijemput untuk menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan.
Solat Isyak dimulakan setelah ramai jemaah telah selesai menikmati juadah makan malam mereka. Kemudian, selawat dibacakan beramai-ramai sempena aqiqah cucu kepada salah seorang penduduk Desa Pinggiran Putra ini.
Kumpulan qasidah dari Seremban juga telah dijemput bagi menjayakan malam ini. Kumpulan qasidah tersebut ialah Kumpulan Qasidah Al-Ulfah beserta Ustaz Khusairi Hamdan selaku ketua kumpulan ini. Beberapa aluan qasidah telah dipersembahkan dan diselang-selikan dengan sedikit tazkirah dari Ustaz Khusairi.
Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan baik. Kerjasama dari semua yang hadir bagi menjayakan majlis ini amatlah kami hargai.
Semoga kita semua berpeluang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan.
Sekian, terima kasih.
Monday, 2 September 2013
Friday, 9 August 2013
Selamat Hari Raya AidilFitri dan Dipohon Maaf Zahir dan Batin...
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada semua ahli qariah surau dan pengunjung laman blog ini. Kami memohon kemaafan dari semua atas segala salah silap kami semasa kita berinteraksi mahupun kesilapan dan kesalahan kami semasa menguruskan aktiviti surau ini. Semoga ALLAH beri keberkatan, kebahagian, kejayaan dan kesihatan berterusan kepada kita semua.
Kami juga ingin mengingatkan semua agar berhati-hati ketika memandu. Patuhilah peraturan di jalan raya. Bersopan lah di jalan raya.
Sekian dahulu dari kami. Wassalam.
Tuesday, 6 August 2013
Solat Sunat Terawih di Surat Al-Ikhwan DPP...
Assalamu'alaikum,
Solat sunat terawih masih meriah di Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra. Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada semua ahli qariah yang masih teguh untuk meneruskan solat sunat terawih di surau. Kami mendoakan agar kita semua dapat 'berjumpa' semula bulan Ramadan yang mulia di tahun hadapan.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar ahli qariah menunaikan solat sunat dan bersedia untuk menunaikan solat sunat terawih di bulan Ramadan yang mulia.
Album gambar ini dapat dilihat di album picasaweb ini.
Kami bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH subhanahu wataala.

Subscribe to:
Posts (Atom)